Page 3 - MANUAL PENGURUSAN SEKALA 2025 V4
P. 3
TINTA GURU BESAR
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah , syukur kita ke hadrat Illahi atas limpah kurnia-Nya kita
dipertemukan lagi pada sesi 2025/2026 untuk meneruskan perjuangan yang
telah diamanahkan kepada kita sebagai pendidik pembentuk bangsa. Ucapan
sekalung tahniah dan terima kasih jua kepada jawatankuasa Manual
Pengurusan SK Langgar 2025/2026 yang bertungkus lumus menyiapkan buku
ini. Buku Manual Pengurusan ini amat penting sebagai bahan rujukan dan garis
panduan kepada guru- guru dan staf untuk melaksanakan tugas dengan lebih
terarah dan berkesan.
Tak terlewat untuk saya mengucapkan selamat tahun baharu 2025 dengan
harapan dan doa agar guru-guru , staf AKP dan murid terus kekal sihat dan
bersemangat memulakan sesi 2025/2026 untuk terus melangkah melakar
kecemerlangan buat SK Langgar.
Kesempatan ini saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan staf atas komitmen
sepanjang sesi 2024/2025. Semoga apa yang telah kita laksanakan menjadi amal jariah buat kita semua.
Harapan saya 2025/2026 kita sama- sama terus melangkah membangunkan sekolah selaras visi dan misi
sekolah demi memastikan sekolah kita setanding dengan sekolah – sekolah yang lain. Moto Sekolah
Kebangsaan langgar, bagi sesi 2025/ 2026 adalah “SeKaLa, Kebersamaan Tangga Kemajuan” perlu kita
realisasikan dan bergerak bersama dan senada demi merealisasikan kemenjadian anak murid kita.
Semoga anak- anak murid yang bakal kita lahirkan cemerlang akademik , kokurikulum dan sahsiah yang
tinggi. Oleh itu, berbekalkan semangat dan komitmen para guru – guru dan staf , iklim persekolahan yang
kondusif, prasarana sekolah yang terurus dan anak-anak murid yang positif cemerlang diharap kita dapat
meningkatkan lagi kecemerlangan SK Langgar.
Sesugguhnya , saya yakin dengan kepatuhan guru – guru dan staf terhadap masa bekerja kita mampu
membuktikan dan berjaya melahirkan modal insan cemerlang dunia akhirat. Justeru itu saya juga ingin
berpesan agar kita sama -sama menjaga kesihatan mental dan fizikal kerana ia memainkan peranan
penting dalam meningkatkan kepuasan kerja kita.
Akhir kata, marilah kita bekerja seikhlas hati tanpa mengharapkan apa – apa balasan kerana keikhlasan
dan pengorbanan kita akan dinilai oleh-Nya.
Sekian, terima kasih.
MOHD RASHDAN BIN HAJI HASHIM
Guru besar
Sekolah Kebangsaan Langgar

