Page 78 - MANUAL PENGURUSAN SEKALA 2025 V4
P. 78

o PANDUAN KETUA GURU BERTUGAS :

       1. Adalah ketua guru bertugas minggu tersebut.
       2. Dikehendaki menyusun tugqsan untuk guru-guru bertugas pada minggu tersebut.
       3. Ketua guru bertugas perlu mengganti tempat dan tugasan guru bertugas lain yang

            tidak hadir.
       4. Sekiranya Ketua guru bertugas tidak hadir, guru bertugas yang kedua dan

            setersunya perlu ambil alih tempat sebagai ketua guru bertugas untuk menyusun
            tugasan guru-guru bertugas.

 o PANDUAN GURU BERTUGAS PERHIMPUNAN/HARIAN :

       1. Dikehendaki mengelolakan perhimpunan rasmi dan harian serta berucap mengikut
            tema yang diberi (tema ucapan boleh diubah mengikut kesesuaian semasa.)

       2. Pastikan semua murid berkumpul diperhimpunan pada jam 7.30 pagi (loceng
            pertama dibunyikan) ; semua guru dikehendaki berada di hadapan tempat
            perhimpunan melainkan guru bertugas dan guru pengawas(ahad sahaja).

       3. Guru bertugas yang lain diminta membantu dalam mengawasi disiplin murid
            semasa perhimpunan.

       4. Guru bertugas hendaklah memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada minggu
            tersebut.

       5. Sekiranya guru bertugas perhimpunan tidak hadir, guru bertugas yang kedua dan
            setersunya perlu ambil alih tempat sebagai guru bertugas perhimpunan untuk
            berucap di perhimpunan.

 o PANDUAN GURU BERTUGAS KECEMASAN/KEBERSIHAN :

       1. Dikehendaki memantau tahap kebersihan kawasan dan bangunan sekolah serta
            melaporkan tahap kebersihan sekolah dalam buku yang disediakan.

       2. Pastikan mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya berlaku kes-kes
            kecemasan luar jangka di kalangan murid.

 o PANDUAN GURU BERTUGAS BUDAYA PENYAYANG :

         1. Bertugas menyambut kehadiran murid di hadapan Makmal ICT sekolah.
         2. Perlu hadir seawal jam 7.00 pagi untuk menyantuni kehadiran murid.

                    3. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan murid yang hadir
                         awal seawal pintu pagar sekolah dibuka
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83