Page 90 - MANUAL PENGURUSAN SEKALA 2025 V4
P. 90

TANGGUNGJAWAB GURU KELAB PERMAINAN / RUMAH SUKAN

33. Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM dan sekolah serta pekeliling-pekeliling
yang berkaitan dengan kokurikulum.
34. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa dalam
kalangan murid.
35. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.
36. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan yang perlu dipatuhi oleh ahli-ahli.
37. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan
38. Memastikan aktiviti selaras dengan visi,misi, objektif dan matlamat KPM dan sekolah.
39. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
40. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Sukan dan Permainan.
41. Mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar dan Sarana Ibubapa.
42. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.
43. Memastikan aktiviti yang dirancang berjalan mengikut jadual yang ditetapkan
44. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
45. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
46. Memastikan undang-undang sukan dan perlawanan dipatuhi.
47. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah,
PPD dan JPN.
48. Menganjurkan pertandingan sukan antara Rumah Sukan atau kelas di peringkat sekolah.
49. Mengurus penyertaan murid-murid dalam kegiatan di peringkat sekolah / kawasan / daerah
/ negeri dalam pertandingan , lawatan atau projek yang dijalankan.
50. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
51. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk ke pertandingan luar sekolah.
52. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
53. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
54. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
55. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat
dan mencukupi untuk digunakan.
56. Mendaftarkan sukan dan permaianan dengan pihak berkaitan. (jika ada)
57. Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan pelajar.
58. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
mempertingkatkan pencapaian.
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95