Page 16 - MANUAL PENGURUSAN SEKALA 2025 V4
P. 16

3.3.20  Kem Kecemerlangan Akademik
3.3.21  Projek Sanubariku ( Kerohanian )
3.3.22  Kelas Terapi 3M (LINUS/Pemulihan)
3.3.23  Jadual Waktu Anjal
3.3.23  Sentuhan Akhir (Menjejaki ke sekolah menengah)
3.3.24  Bulan Bertema (Panitia)
3.3.25  Buku Keberadaan Guru

4. PENGURUSAN KOKURIKULUM

4.1 DASAR KUALITI

Pengurusan kokurikulum yang berkualiti dalam tiga bidang utama gerak kerja
kokurikulum iaitu kelab, badan beruniform dan sukan. Penekanan kepada
perkembangan diri pelajar dalam kognitif, efektif dan psikomotor.

4.2 MATLAMAT

4.2.1   Persatuan dan Kelab:
        4.2.1.1 Melahirkan pelajar yang memahami hal-hal berkaitan

                     pengurusan dan pentadbiran organisasi persatuan dan kelab.
        4.2.1.2 Membolehkan pelajar membina kemahiran berkomunikasi

                     dalam hubungan kemanusiaan.
        4.2.1.3 Memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasi dan

                     memperkukuh segala pengetahuan yang dipelajari di bilik
                     darjah.
        4.2.1.4 Memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka / mencari
                     maklumat bersama-sama ahli-ahli persatuan dan kelab.
        4.2.1.5 Melahirkan pemimpin dalam kalangan pelajar.

4.2.2   Pasukan Badan Beruniform:
        4.2.2.1 Melahirkan anggota kumpulan yang bersatu dan

                     mengamalkan semangat kekitaan.
        4.2.2.2 Membentuk ahli-ahli yang berdisiplin dan taat kepada undang-

                     undang dan peraturan.
        4.2.2.3 Membentuk generasi yang boleh memberi khidmat sukarela

                     kepada masyarakat dan bersedia bekerjasama dengan
                     amalan gotong-royong.
        4.2.2.4 Memupuk ciri-ciri kepimpinan dalam diri pelajar.

4.2.3   Sukan ( Balapan & Padang serta Permainan ) :
        4.2.3.1 Melahirkan pelajar-pelajar yang cergas, berdisiplin serta sihat

                     dari segi mental dan fizikal.
        4.2.3.2 Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran yang

                     khusus dalam bidang sukan dan mampu bertanding di
                     peringkat yang lebih tinggi.
        4.2.3.3 Melahirkan pelajar-pelajar yang dapat menjalankan dan
                     mengurus aktiviti sukan dan permainan.

4.3 STRATEGI

4.3.1   Mesyuarat berkala Jawatankuasa Kokurikulum
4.3.2   Kursus Kepimpinan dan Pengurusan aktiviti persatuan dan kelab
4.3.3   Latihan kawad / perbarisan
4.3.4   Penyertaan dalam pelbagai pertandingan di peringkat ZON, MSSD
        dan MSSK
4.3.5   Projek Bakat Gemilang
4.3.6   Projek Juara Tetap Juara
4.3.7   Tunas Cemerlang (Kem Bakat)
4.3.8   Projek Tepat Sasaran (Fokus Juara)
4.3.9   Hari Kokurikulum/Kantin/Usahawan
4.3.10  Anugerah kepada Kelab / Persatuan aktif.
4.3.11  Perkhemahan Perdana di Luar Kawasan Sekolah
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21